Wednesday, August 21, 2019

Repost : Aktiviti wajib jika bercuti di Pulau Perhentian Kecil

Pilihan Customer PMH (Perhentian Mieha Holidays)
Resort : SHARI-LA ISLAND RESORT
Date : JULY 2019
Type Pakej : FULLBOARD 3H2M (Super Peak Season)
==

Aktiviti Wajib Jika Bercuti Di Pulau Perhentian Kecil
Hai alls.. Rasa still tak boleh move on lagi dengan percutian saya dan kengkawan ni. Masih teringat lagi kecantikan pantainya dan kejernihan air lautnya. Sungguh indah!!! Wow memang best percutian ni, rasa nak repeat!

Sebenarnya banyak aktiviti yang korang boleh buat kat sini, bergantung kepada masa, tenaga dan bajet korang. Percutian ni tanpa aktiviti umpamanya, hei kenapa pergi bercuti tapi tidur ka bilik je? Diulangi jerrr?? Hahaha so untuk memastikan percutian kita ni bermakna dan bererti, haruslah ada senarai aktiviti atau wishlist untuk korang lakukan.

Just nak share dengan korang antara aktiviti wajib jika bercuti di Pulau Perhentian Kecil, Terengganu. Terpulang pada korang nak buat ke tak. Tapi buatlah, at least adalah benda korang nak share dengan orang lain. Contohnya macam yang saya share ni lah kikikiki.

1. Bergambar dan photo shoot 
Masa sampai ni memang tak sah kalau tak bergambar di daratan, tepian dan dalam air. Serius gambar korang akan totally nampak cantik sangat. Sesuai untuk yang nak berphotoshot kenangan. Dengan air laut yang jernih dan membiru, dan kena pulak dengan warna baju korang. Huishhh memang cantiklah!!

2. Snorkeling / Scuba Diving
Eh ini wajiblah sebab inilah kemuncak percutian kat pulau yang cantik ni. Macam kami yang ambil pakej percutian dengan Mieha Holidays yang mana aktiviti snorkelling ni termasuk dalam pakej tu. Ada 5checkpoint kesemuanya, bermula dari checkpoint turtle, nemo, perkampungan nelayan dan Romantic Beach. Light House Coral .




3. Tengok pemandangan sunset
Ha ni terbaik sebab sunset tu cantik sangat. Korang dah boleh start duduk tepi pantai menunggu sunset dari jam 6.00 petang. Sebab sunset ni dalam jam 7.00 macam tu dah habis. Sapa lambat gigit jarilah.

Sambil menunggu sambil bergambar. Macam-macam aksi boleh buat. Suka tengok semua hasil gambar kami ni. Nampak mahal dan eksklusif. Mahal sangat kenangan ni, nak pula dengan kawan-kawan tersayang.

4. Melihat bulan dan bintang
Syukur malam tu cuaca sangat cantik dan takde tanda-tanda nak hujan. Bolehlah masing-masing realisasikan impian nak melihat bulan dan bintang. Subhanallah cantik sangat bulan malam tu. Nak pulak lepak tepi kedai makan. Sambil melihat bulan, sambil kita membawang.


5. Roti canai sedap
Ha ini saya dan kengkawanlah ya, tapi kalau korang jenis tak makan benda kalori so takyahla makan. Tu dia malam kelmarin tu dah makan sekeping, rasa sedap giler. So repeat lah pagi tu sebab teringat-ingat pulak. Ha nin dia roti canai kosong. Minum plak dengan nescafe ais, perghhh!!! Sekeping RM4, bolehla walau mahal tapi sedap!


Ha itulah antara aktiviti Pulau Perhentian Kecil yang boleh dicadangkan untuk korang semua. Best dan memang tak bleh lupa punya. Bab mandi laut memang terbaik dan puashati. So kalau korang dah pergi dan ada hati nak pergi, jangan malu-malu tinggalkan komen kat sini ya. byeee.

**Pesan Jari : 
Huhu..Sebenarnya ada lagi sambungannya...Takpe Nanti Kita Cerita Lain Waktu Ya..

Cerita asal : Credit To ajumohit


- Servey Harga Terkini Sharila Island Resort?
Clik Link  #PERHENTIANSAVERS
pakej bajet pulau perhentian
Link Deals For Consultant Trip :
09 6904212
WhatsApp Line :

Follow Official Facebook 
✔✔✔ #MotacRegistered ✔✔✔#MattaRegistered
*Kuala Besut Office Official

No comments:

FIND ME