Sunday, July 29, 2018

#7 TIPS FIRST TIME SNORKLING PULAU PERHENTIAN




1. Bagaimana mahu hilangkan perasaan takut???
Bagi mereka yang tahu berenang dan tak takut air, rasanya takde masalah. Tapi untuk orang yang tak tahu berenang ditambah pula jenis yang takutkan air.. huiiissshhh.. dia punya ketar tu memang satu macam he..he.. Ianya boleh menghilangkan terus rasa teringin nak snorkeling tu. Tips yang akak nak sharea ialah bertenang dan kawal minda agar jangan panik

2. Life jaket itu talian nyawa ya!!
Sebab tu akak provide life jacket dalam bot akak kalu korg snorkling. Memang life jaket tu nyawa kita kat dalam air. Selagi life jaket terlekat kat badan kita, insyaAllah, kita tidak akan tengelam. Satu lagi info, cuba fikir kenapa life jaket dicipta? Ianya tentulah untuk membuatkan kita terapung dengan menggunakan life jaket itu. Jadinya, kita cuma kena pastikan life jaket itu dipakai dengan betul. Setiap buckle  perlu dipasang dengan sempurna. Pastikan ianya betul-betul selesa terlekat di badan kita. Ianya akan membuatkan kita rasa selesa dan akan jadi lebih yakin ketika di dalam air. 

3. Jangan berani sangat.. takut-takut itu perlu.
Kalau kita sudah ada keberanian, pastikan kita ada rasa takut-takut juga. Ini untuk keselamatan diri juga. Jangan over confident takut nanti jadi lain pula. Cara yang paling baik ialah cuba step by step ikut kemampuan diri. Bila dah betul-betul yakin baru pergi ke next level.

4. Selesakan diri dengan life jaket.
Sebelum kami dibawa untuk snorkeling, kami telah dibawa ke pulau untuk mandi di pantai terlebih dahulu. Ketika mandi di pantai lagi aku dah cuba selesakan diri dengan life jaket. Selamba aje turun ke pantai dengan life jaket. Pedulikan orang lain. Cuba untuk terapungkan badan dengan bantuan life jaket tu. Bila dah selesa, keyakinan diri tu akan sedikit-sedikit datang, insyaAllah.

5. Pegang tangga dan tali selama mana yang anda mahu.
Kalau tak berapa berani nak lepas tangan setelah turun ke dalam air, pegang ajelah tangga. Tali pun ada orang bot lepaskan so boleh pegang tali juga. He..he.. itulah yang akak suggest dekat customer akak buat. Pedulikan orang nak cakap apa, asalkan kita boleh masuk dalam air. Tapi sambil-sambil tu cubalah untuk lepas-lepaskan tangan. Selagi tak yakin pegang aje tangga dan tali. Takde orang nak marah pun. Kalau ada yg marah, marah balik diorg!! haha 

6. Macam mana nak apungkan badan, tegakkan badan etc?
Macam mana nak apungkan badan, nak tegakkan badan, nak baringkan badan? Yang ni memang soalan yang penuh dalam kepala sebelum turun ke laut. Malahan sejak sebelum pergi lagi he..he.. Bila ada life jaket badan kita akan terapung dengan sendirinya. Yang penting jangan panik bila kaki tak dapat pijak apa-apa. Kalau panik memang apa pun tak boleh he..he.. Sebab bila panik kita akan rasa macam nak tengelam. Untuk tegakkan badan macam gaya berdiri tu, kita kena tegakkan badan kita, then dengan sendirinya kita akan tegak. Kalau nak baringkan badan untuk snorkeling kita cuma perlu baringkan badan kita saja. Yang penting kawal minda biar tak panik. InsyaAllah, terus rasa macam magic. Macam akak mula-mula tak berani nak lepas tangan. Akak dulu2 tanya org kat sebelah. Kak, macam mana akak boleh terapung? Akak tu pun suruh aku lepas tangan perlahan-lahan. Bila aku lepas tangan eh.... boleh terapunglah. Terus rasawah.. bestnya. Kiranya memang takde apa-apa teknik pun. Cuma perlu bertenang, jangan panik dan cuba lepas tangan. Asalkan life jaket terlekat betul di badan memang kita akan boleh terapung.

7. Belajar guna alat snorkeling dengan betul.
Yang ni penting sangat agar kita tak tertelan air dan rasa nak lemas. Bernafas memang kena guna mulut sepenuhnya bila guna alat tu. Bahagian yang kena masukkan dalam mulut tu kena gigit betul-betul ikut tempatnya. Bukan masukkan kesemuanya dalam mulut. Kalau mana yang tak tahu guna, guider akak akan ajar korang ya. :)


Rasanya setakat ni sahaja kot perkongsian tips akak. Pape pun akak pesan, cuba tenangkan minda semasa snorkling. Itu akan alagi membantu korang utk kawal pergerakan ketika dalam air. :)





 #SnorkelerLovers
DAYTRIP SNORKELING + HIKING KINCIR ANGIN PULAU PERHENTIAN 
: Masa Untuk Tawan Pulau Perhentian 2 in 1
==
Yess...#RM90/pax Sahaja!
Yess...#RM90/pax Sahaja!
: DM untuk Jadual!
..
..
 +6011 2608 1674











Salam.

No comments:

FIND ME