Cerita 5 Point Terbaik Snorkeling Pulau Perhentian

Maka hari ini admin nak bawak uollss semua ke 5 check point yang sememangnya menjadi tumpuan snorkel2 di Pulau Perhentian ya. Biasa mana-mana trip mestilah 3 Hari 2 Malam kan. So biasanya hari ke dua aktiviti ini dijalankan. Kalau amik pakej 2 Hari 1 Malam memang jadual adalah padat. Jom survey tentative program bagi aktiviti snorkelling
Hari ke 2: 10.30 pagi - 5.00 Petang dengan 5 lokasi terbaik + 1 lokasi untuk rehatkan minda.

10.30 pagi  - 1.00 petang : 3 Lokasi snorkelling iaitu ;
Tiga Ruang  Turtle Point    Shark Point
1.00 petang- 2.30 petang :
Rehat dan makan tengah hari
2.30 - 5.00 petang : 2 Lokasi snorkelling iaitu ;
The Lighthouse  Romantic Beach

MR. CAPTAIN YONG
First, admin nak memperkenalkan guide2 under Sealife Team. Hehee..Agak ramai jugak..Mereka-mereka nie lah yang jadi tanggungjawab untuk bawak korang pi snorkelling…Mereka ialah Azam, Abe Zemi, Abe Awie, Roji, Pokyong, Mirul etc…Yang nie mmg under Sealife Team..Lain-lain jugak boleh deal dengan Bang Matt or Bang Man (Private Sifu beb!!!!)….Insya Allah.. kami semua berdaftar dan mempunyai lesen asas dalam snorkeling dan aktiviti air. 


Azam @ Abe Aze
Roji
 
Abe Awie @perhentiansaver
Abe Zemi
  
Kami semua sekadar bunga² sahaja!

Korang akan dibawa dengan bot laju samada yang kecil@besar.. Huhu..Boleh tgk dekat gambar kat bawah. 22 fungsi adalah sama je...Beza kecil and besar, terbuka and tertutup..

Bot Kabin@Tertutup
Bot Standard@Speed Bot

POINT 1: TIGA RUANG (TURTLE BEACH)
1st point yang biasa guide Sealife akan bawak masa snorkelling nanti. Kat sini semua boleh tengak koleksi ikan2antarabangsa..Hihii… Kalo belum biasa dengan snorkeling ni, don’t worry, guide terlajak laris memang akan membantu utk sesi water confident..Kat sini guide akan ajar cara dan teknik untuk snorkeling. Pelbagai gaya akan diajar. Dah belajar teknik snorkelling bersama guide tu kan jgn laa pulak rasa takut utk ke point2 yg seterusnya. Kalau tak ikut memang rugi habis beb!!!.


Water Confident utk 1st time snorkeling
Enjoy dengan Abe Azam sambil selpie..Hikhik 
Standby nak terjunn oiiii..1...2...3...


POINT 2: TURTLE POINT
Terletak di Pulau Besar berhadapan dengan Coral View @ Perhentian Island Resort memang ternyata menarik perhentian pelancong kat sini. Secara live bila penyu tu tetiba muncul..Sekali sekala turtle tu muncul - sangatlah besar ..Tapi jgn terkejut bila ia jadi femes uollsss…Semua orang akan kejar penyu..Huhu.. Tapi bila tengok orang ramai - dia malas dah naik kat permukaan laut...Penat katanya dikejar oleh manusia nie. So korang kena berusaha untuk kejar penyu tersebut…Bila korang snorkelling kat Turtle point ni korang akan jumpa turtle macam ni..Haha…



Gambar by Perhentiansaver@Sealifeteams

POINT 3: SHARK POINT
Kat sini memang point yang agak mencabar sekali. Disebabkan arus yang sukar dijangka, memang boleh hanyut dibuai2 ombak rindu. So make sure, jangan lupa diri lupa guide maklum laa bila dah jumpa Encik Shark konfem boleh jatuh chentaaa… Huhuu.. Jangan risau sebab shark ni bukannya baham orang… Nie standard baby shark je..Jika bernasib baik korang akan jumpe shark nie satu family. Haha..yelah kalo dah jumpe Baby Shark mesti lah mestilah ada bapak shark, mak shark, atok nenek uncle auntie shark kan kan kan… Haha…memang sangat beruntung dapat jumpa Shark ni… Shark akan selalu muncul bila cuaca panas @ suhu air laut yg panas @ crystal water. Perghhh…sekali jumpa mmg gerun abis.

 


Segala gambar adalah dari #perhentiansaver@sealifeteams

POINT FOR REST: FISHERMAN VILLAGE (KG NELAYAN)
Guide memang akan stop bagi masa untuk bernafas. Hihi…Kalo nak solat nak makan semua kat sini boleh didapati. Makanan agak murah berbanding dekat resort@chalet lain. Kat sini juga memang terdapat pelbagai jenis masakan. So korang boleh laaa usha2 makanan dekat sini.. Samada dekat tepi pantai/kedai atau lain2 tempat…Sini jugak ada jual goreng pisang keropok lekor yang paling special ABC dari makcik-makcik pulau. Huhuu… Kalo amik pakej by Buffet memang senang, tak perlu fikir pasal makan dah, sebab memang diorang akan standby siap-siap. Tunggu ngapp je..Biasanya guide akan bawak makan di Village Café ‘”2nd floor” Sealife Inn…Best masakan kat sini..Owner nya pom friendly a.k.a Ciktie..Sambil tu boleh menikmati keindahan Masjid Putih Pulau Perhentian… Sangat2 cantik ianya dibina terapung di atas air. 


Fisherman Village 

POINT 4: LIGHTHOUSE@CORAL REEF
Nie adalah kawasan petunjuk rumah api Pulau Perhentian. Lagi best bila kat sini adalah kawasan coral dengan ikan yang sangat banyak. Arus kat sini boleh tahan laju.. Kena selalu dengar dan ikut arahan guide under Sealife. Rumah api juga dijadikan Jump-Skill oleh pelancong yg berani dan cekal hati. Seperti papan anjal pulak diorang buat skill…Setinggi 10 meter dibina dan diwarna dengan warna putih. Rumah api nie dijadikan petunjuk bagi bot-bot yang melalui kawasan pulau especially waktu malam…


Light House View



POINT 5: ROMANTIC BEACH
Nie adalah point terakhir. Sampailah ke check point terakhir ...Kat romantic beach ni banyak haiwan laut yang cantik macam nemo kaler oren belang-belang, gamat laut dll... best ... Subhanallah ...Sangat cantikkkk ok…admin pon jatuh chentaa..Dan kat sini satu-satunya tempat snorkeling yang nampak pantai ... tapi nak tengok nemo tu kaki tak jejak "lantai laut" juga ... apa pun romantic beach ni sangat cantik lah ... Sini juga korang boleh nikmati Sunset View dari pantai..Orang kata - kat Romantic Beach ni - sunset dia cantik ... Romantic gitew...Hehee..

Koleksi Sarang Ikan Nemo

Selfie atas tanah rata Romantic Beach..

Iron Man In Romantic Beach@Abe Zemi

Baby bawah 4 tahun pom boleh snorkeling beb!!! Deabakk



###################################################

Untuk first timer snorkeling + tak reti berenang pulak tu ... tapi bersemangat waja untuk melihat keindahan alam ciptaan Allah di bawah laut korang kena ikut cara dan tips2 yang admin nak kongsikan ni. 

Jom follow TIPS UNTUK FIRST TIME SNORKELLING

Pemakaian Life Jacket yg baik

LIFE JACKET 
Firsttttttt….Paling penting sekali untuk korang pakai ialah LIFE JACKET yang mana berfungsi sebagai pelampung. Sebelum start snorkelling memang guide akan ajar cara pakai tau. Dan juga berfungsi untuk mengelakkan baju korang terselak masa kat dalam air. Kira 2 in 1 laa fungsi life jacket nie. Tapi frankly speaking - pakai life jacket ketika snorkeling adalah annoying atas beberapa faktor.


Guide briefing berkenaan dengan pemakaian Life Jacket/Mask/Snorkel

SATU Ada tali yang korang kena ikat (buckle up) dari belakang life jacket tu masuk kot kangkangan and buckle or click kan di bahagian depan life jacket. Ini untuk mengelakkan life jacket tu daripada terangkat. Bila life jacket tu terangkat - susah korang nak berenang sebenarnya.  Dan nak pakai tali tu melalui kangkangan boleh mendatangkan rasa sakit or melecet kalau pakaian korang pakai tak sesuai, sebab tolakan arus air dan tempoh yang lama memakainya - so korang kena fikir and adjust ya….

DUA The moment korang terjun dalam laut ... first thing first korang akan jatuh bawah air walaupun dah pakai life jacket - tapi tak hapuslah sampai kepala - JANGAN PANIK – Slow slow move on ke atas. Jgn risau sebab life jacket akan membuatkan korang timbul ke permukaan air. Lepas korang dah bertenang - korang akan terlentang (muka mengadap atas - matahari) atau korang akan terlungkup (muka terlungkup dalam air laut) dan kaki korang pun terangkat.  Pastikan kaki dibuka untuk bagi stabil ye. Then,cuba pandang kat bawah permukaan air. Make sure jangan sampai bagi snorkel pulak masuk air…and SERIOUSLY JANGAN PANIC.

SNORKEL
Berfungsi sebagai bantuan korang untuk bernafas dalam air. Udara korang sedut melalui mulut dan hembus melalui mulut gak.. Hihii…1st yang penting cara korang pakai, make sure dalam air lepas pakai janganlah dok senyum dok sengih dalam air, nanti tak pasal2 masuk air laut masuk melalui celahan gigi dan mulut…Korang buntu plak tertelan air masin. 2nd jangan digigit mouth piece nya...Haahaa..mana la tau korang excited jumpa ikan@nemo@penyu@shark dan pelbagai jenis coral..Dengan penuh excited korang pi gigit mouth piece memang nahas laa… Nanti tertelan air masih….Panic waa cakap, dengan hidung korang pedih nanti..Pastikan snorkel dan mouthpiece tu da bocor…Kalo bocor, mintax tukar okehh..

MASK
Mask nie biasanya tiada power. Mana-mana yang rabun boleh pakai lense. Jangan risau sebab selamat. Huhu..paling penting, guide akan ajar cara pemakaianya. Bagi yang perempuan, disarankan memakai tudung yang senang dan lembut untuk dilipat tang muka…Sebab apa?? Haaa,,,sebabnya kalo korang pakai yang keras konfem x sesuai dan x selesa bila snokeling nanti..Lagi satu konfem rosak laa tudung korang yang mahal-mahal tu lagi-lagi yg mahal…Rugi Rugi Rugi..Then xda feel la nak snorkelling bila tanag tudung tu masuk air..Ye idokk..Mask juga perlu dicuci dengan GLO@pencuci pingan mangkuk..Hiihii, tujuan untuk kasi clear sikit cermin bila snorkelling.

BOOTIES@FIN
Untuk keselamatan kaki dari cedera terkena coral@batu karang, korang dinasihatkan utk pakai stoking atau booties.. Fin adalah tidak digalakkan kerana boleh merosakkan coral bila belum pro lagi guna fin..Marine Dept pom x galakkan menggunakan fin..Guide dikecualikan ye..Hehee..Cadangan admin, pakai stoking tebal@botties..

BUDDIES@PARTNER
Time snorkeling make sure korang ada buddies@pasangan. Ini untuk membantu jika ada ada masalah yg berlaku dalam air nanti. Elakkan bersendirian di kawasan yang sukar dilihat oleh guide. Jika ingin kemana-mana di dalam air maklumkan melalui gaya gerakan atau symbol. 




IKUT ARAHAN
Pastikan korang mengikut arahan yang betul semasa aktiviti snorkelling di dalam air. Elakkan dari melakukan perkara yang dilarang seperti membuang sampah, menangkap ikan @ menyentuh sesuatu yang tajam @ merbahaya.

Lasty….selamat bersnorkeling uolllsss, patuhi arahan yang diberikan oleh guide. Hehee.. Enjoy your memorable moment during snorkelling. Happy Hlovate from Perhentian Mieha Holidays
Post a Comment